banner

banner

Monday 7 October 2013

Penyusuan ibu- part 1

bismillah....
Hari ini saya amat bersyukur kerana Allah telah menggerakan hati saya untuk membantu ramai kaum ibu menyelesaikan masalah laktasi dan penyusuan ibu. Bagi ramai ibu, proses penyususan adalah moment yang sangat berharga dan amat istimewa kerana ianya hubungan yang natural antara ibu dan anak...hubungan kasih sayang agong kurnian dari Allah...tapi tidak semua orang berpeluang menyusukan bayi mereka. Pelbagai cabaran dan pengalaman yang sememangnya memerlukan ibu untuk terus kuat dalam proses penyusuan anak. di sini,saya kongsikan sedikit pengalaman saya sendiri dalam proses menyusukan anak anak saya.
anak sulung saya, Huda Batrisyia (2 tahun9 bulan). proses punyusuan saya bersamanya sangat singkat.
hanya di dalam pantang dan selepas itu langsung tiada . inin adalah kerana kekurangan ilmu dalam penyusuan ibu dan percayalah...ilmu punysuan sangat penting, saya tidak mahu orang lain mengalami perkara yang sama seperti saya...tiada istilah TIADA SUSU, SUSU TAK CUKUP. semangat dan sikap positif perlu ada...
pengalaman kedua saya pula bermula...
kelahiran Harraz Irfan..bermulanya proses penyusuan ekslusive...saya tanamkan niat ketika mengandungkan Harraz untuk menyusukan sepenuhnya secara ekslusive selama 2 tahun. dan alhamdulilah setakat hari ini dia masih menyusu secara eklusive...walaupun kais pagi makan pagi...
perjalanan penyusuan saya tidak mudah...bermula dari hari pertama, saya mengalami masalah laktasi di mana susu tak keluar..sedikit panik...tapi kuatkan hati stay positif...apa yang saya lakukan...saya terus menerus bagi walaupun sedikit sangat...di samping pump setiap 1 jam dan pengambilan suplement...selepas 2 hari saya mula mengalami bengkak susu dan puting melecet..sakit sampai demam tapi saya tetap kuatkan hati...alhamdulilah...saya gandakan usaha saya, sebab Harraz ni suka tidur jadi saya pam setiap 2 jam...penat? yes memng penat...tapi demi Allah saya puas...sebab Allah telah makbulkan doa saya untuk mengikut syariatnya....saya bersyukur sangat....hari demi hari stock saya semakin banyak...dan sehingga sebulan sepanjang tempoh saya berpantang saya berjaya mengumpulkan 2000 oz susu...alhamdulilah....syukur sangat...

No comments:

Post a Comment